Ikuti Kami:

Lia ITZY Akan Nyanyi OST Pertamanya Untuk Drama ‘The Red Sleeve’

Lia ITZY Akan Nyanyi OST Pertamanya Untuk Drama ‘The Red Sleeve’

Lia ITZY dilaporkan akan meminjamkan suaranya untuk runut bunyi drama popular kini, “The Red Sleeve”!

Pada 6 Disember, menurut laporan rasmi, Lia akan mengambil bahagian dalam runut bunyi asal untuk drama bersiri “The Red Sleeve” yang dibintangi Lee Jun-ho, Lee se-young, dan Kang Hoon yang disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu di MBC jam 9 malam.

“The Red Sleeve” ialah drama berdasarkan novel. Ia adalah drama bersejarah mengenai rekod hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta. Drama ini telah mencapai rating tinggi sepanjang tayangan.

xia junsu, shim gyuseon, jeon sangkeun

Shim Gyu-seon, Jeon Sang-keun dan Xia Junsu juga terlibat dalam barisan kedua OST “The Red Sleeve”, bersama dengan Lia ITZY. Mereka dijangka akan menawan hati pendengar dengan suara mereka yang menenangkan dan menarik untuk drama itu.

Selain itu, ini juga akan menjadi OST pertama Lia sejak debutnya! Nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...