Ikuti Kami:

‘Let Me Be Your Knight’ Tayang 2 Episod Terakhir Pada 23 Januari

‘Let Me Be Your Knight’ Tayang 2 Episod Terakhir Pada 23 Januari

Berita baik untuk peminat drama “Let Me Be Your Knight”!

Terbaru, drama itu disahkan bakal menayangkan dua episod terakhirnya pada hari yang sama,

‘Let Me Be Your Knight’ akan menayangkan episod 11 dan 12 secara berturut-turut sebagai program istimewa.

Episod 12 yang sepatutnya ditayangkan pada 30 Januari terpaksa dibawa ke hadapan kerana jadual yang padat sempena Tahun Baru Lunar. Tidak mahu tergesa-gesa, pihak drama itu membuat keputusan untuk menayangkannya sekaligus selepas berbincang dengan wakil syarikat produksi.

Oleh itu, episod 11 akan ditayangkan pada 23 Januari pada jam 11.05 malam (waktu Korea) dan disambung dengan episod 12 pada jam 12.05 pagi pada 24 Januari.

sbs let me be your knight

Untuk pengetahuan, “Let Me Be Your Knight” membawa kisah Yoon Tae-in (Lee Jun-young) iaitu seorang idola terkenal yang mengalami masalah tidur berjalan dan In Yun-ju (Jung In-sun) iaitu seorang doktor yang menyorokkan identitinya dan cuba merawat lelaki itu.

Dalam episod terakhir ini, penonton bakal disajikan dengan perkembangan hubungan kedua mereka selepas Yoon Tae-in mendapat tahu mengenai identiti sebenar wanita tersebut dan bagaimana keadaan LUNA selepas mereka menghadapi masalah selepas skandal cinta Kim Jong-hyun.

Nantikan 23 Januari ini untuk tayangan akhir “Let Me Be Your Knight”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...