Ikuti Kami:

Lepasi 65 Juta Tontonan, ‘Resident Playbook’ Popular Secara Global Selepas 2 Episod Bersiaran

Lepasi 65 Juta Tontonan, ‘Resident Playbook’ Popular Secara Global Selepas 2 Episod Bersiaran

Drama hujung minggu terbaru tvN, “Resident Playbook”, bermula dengan langkah kanan apabila meraih populariti global sejak tayangan perdananya minggu lalu.

Siri ini telah menaiki carta penarafan global Netflix serta carta tontonan video di Korea, sekaligus mencetuskan banyak perbualan hangat dalam kalangan penonton.

Dua episod pertama memperkenalkan penonton kepada lima orang doktor pelatih OB-GYN di Pusat Perubatan Yulje di Jongno: pelatih tahun pertama Oh Yi-young (dilakonkan oleh Go Youn -jung), Pyo Nam-kyung (dilakonkan oleh Shin Si-ah), Eom Jae-il (oleh Kang Yoo-seok), Kim Sa-bi (Han Ye-ji), dan pelatih tahun keempat Koo Do-won (Jung Joon-won).

resident playbook

Sehingga 16 April 2025, “Resident Playbook” telah memasuki Top 10 Global Netflix untuk rancangan TV bukan berbahasa Inggeris (7–13 April), menandakan permulaan yang cemerlang. Menurut platform penarafan penstriman FlixPatrol, drama ini menduduki tempat pertama di beberapa negara Asia, termasuk Korea Selatan, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Vietnam, serta berjaya menembusi Top 10 di 44 negara secara keseluruhan.

Kandungan berkaitan juga menduduki carta trending video di YouTube, dengan jumlah tontonan keseluruhan merentas YouTube dan media sosial melebihi 65 juta tontonan setakat 16 April.

Best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...