Nampaknya pelakon “Vincenzo” akan buat reunion dalam drama “Chaebol’s Family Youngest Son”.
Ianya membawa kisah seorang setiausaha keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu keluarga tersebut.
Menurut sumber media, Jo Han-chul akan menyertai barisan pelakon di dalam drama itu bersama Song Joong-ki. Dia dilamar untuk membawa watak Jin Dong-ki, anak kedua keluarga Kumpulan Sunyang. Lelaki itu percaya nasibnya adalah malang kerana dilahirkan sebagai pewaris kedua keluarga kaya itu.Berlakon sebagai musuh di dalam “Vincenzo”, ramai yang tertanya-tanya apakah kelainan yang akan ditonjolkan oleh Jo Han-chul dan Song Joong-ki sebagai adik-beradik di dalam “Chaebol’s Family Youngest Son”.
Amatlah sibuk, Jo Han-chul juga bakal muncul dalam beberapa drama lain nanti seperti “Hometown Cha Cha Cha” dan “Cliffhanger” serta filem “The Moon”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.