Ikuti Kami:

Lepas ‘Sweet Home’, Lee Dohyun & Go Minsi Sah Jadi Bintang Utama Drama Romantik Retro ‘Youth Of May’

Lepas ‘Sweet Home’, Lee Dohyun & Go Minsi Sah Jadi Bintang Utama Drama Romantik Retro ‘Youth Of May’

Drama KBS “Youth Of May” sudah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Naskhah ini akan membawa penonton melihat kehidupan sekumpulan anak muda yang hidup penuh ghairah menerusi Mei 1980, satu masa yang merupakan bersejarah di Korea. Drama ini digambarkan sebagai kisah romantik retro dan dibintangi oleh Lee Do-hyun, Go Min-si, Lee Sang-yi dan Geum Sae-rok.

Lee Do-hyun akan berlakon sebagai Hwang Hee-tae, seorang pelajar perubatan yang hidup untuk menepis segala stereotaip yang dilemparkan terhadap dirinya. Dia merupakan seorang yang nakal namun ianya tidak memadamkan apinya yang berdedikasi dan bersemangat.

kbs youth of may

Go Min-si pula akan membawa watak Kim Myung-hee, seorang pelajar kejururawatan tahun tiga. Dia merupakan pahlawan yang melalui pelbagai kesusahan hidup untuk berdiri seperti sekarang dan dia tidak hilang pedoman walaupun dihimpit dengan situasi yang mendebarkan.

Geum Sae-rok pula bakal berlakon sebagai pelajar undang-undang iaitu Lee Soo-ryun, iaitu rakan baik Kim Myung-hee. Dia mempunyai personaliti yang ceria dan berlawanan dengan penampilannya yang elegan. Datang daripada keluarga kaya, dia berasa bertanggungjawab untuk menjadi pembimbing kepada keadilan dalam masalah sosial.

Lee Sang-yi pula bertanggungjawab berlakon sebagai abang Lee Soo-chan. Dia membantu bisnes ayahnya selepas pulang daripada belajar di Perancis.

Khabarnya “Youth Of May” akan memulakan siaran pada musim bunga 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...