Utama Celebrity News Lepas Setahun Lebih Bercinta, Kim Heechul SJ & Momo TWICE Disahkan Sudah...

Lepas Setahun Lebih Bercinta, Kim Heechul SJ & Momo TWICE Disahkan Sudah Berpisah

kim heechul dan momo putus

Mengejutkan apabila keluar laporan pada pagi ini mengatakan bahawa Kim Hee-chul dan Momo sudah pun berpisah.

Kata sumber,

Daripada apa yang saya tahu, mereka mula menjauh kerana jadual masing-masing yang sibuk. Jadi mereka menamatkan hubungan cinta dan kembali sebagai rakan industri dan menyambung hubungan senior-junior.

kim heechul dan momo putus

Selepas berita itu berterbangan, kedua agensi pasangan ini mengatakan bahawa mereka akan mengesahkan hal tersebut.

Tak lama kemudian, Label SJ dan JYP Entertainment mengesahkan berita tersebut,

Kami sudah menanyakan keduanya dan memang benar mereka sudah berpisah. Tolong fahami yang kami tidak boleh menjawab dengan terperinci kerana ianya mengenai kehidupan mereka.

Tiada jodoh, nak buat macam mana kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...