Ikuti Kami:

Lepas Peluang Berlakon ‘Gentleman’ Dengan Joo Jihoon, Han Sohee Mahu Rehat Dek Kepenatan

Lepas Peluang Berlakon ‘Gentleman’ Dengan Joo Jihoon, Han Sohee Mahu Rehat Dek Kepenatan

Sejak semakin popular, nampaknya Han So-hee kurang memberikan perhatian kepada kesihatan dirinya sendiri.

Disebabkan oleh itu, pelakon berusia 27 tahun itu disahkan bakal mengundurkan diri daripada filem “Gentleman” bagi berehat buat sementara waktu.

Jawab agensinya,

Hello, ini ialah 9ato Entertainment

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa pelakon Han So-hee telah mengundurkan diri daripada filem asal Wavve ‘Gentleman’.

Dalam mengharungi jadualnya yang padat, Han So-hee telah berbincang secara rapat dengan pihak produksi filem dan mempunyai keinginan untuk membintangi ‘Gentleman’. Tapi disebabkan oleh nasihat doktor supaya dia mengambil masa untuk berehat atas sebab masalah seperti kepenatan terkumpul, dia memilih untuk memulihkan tubuh badan dan hati selepas berbincang dengan agensi dan pihak produksi.

Meskipun kami mahu menyapa peminat dan menonjolkan sisi yang baru pelakon Han So-hee menerusi filem ‘Gentleman’, kami berharap anda memahami keputusan yang dibuat untuk dia mengambil masa untuk menampilkan sisi yang lebih baik.

Han So-hee akan memberi fokus untuk memperbaiki kesihatannya buat masa ini, dan dia akan menemui peminat dengan imej yang lebih ceria dan sihat menerusi projek baru. Terima kasih.

han sohee

Sumber daripada produksi filem itu turut mengesahkan berita tersebut,

Han So-hee yang sepatutnya membawa watak pendakwa raya elit, Kim Hwa-jin terpaksa mengundurkan diri kerana masalah kesihatan.

“Gentleman” ialah sebuah kisah mengenai penyiasat persendirian Ji Hyun-soo (Joo Ji-hoon) yang dituduh membunuh dan tanpa disangka, terlibat dalam kes besar semasa sedang dibicarakan. Dalam usaha untuk membersihkan namanya dalam masa seminggu, dia bekerjasama dengan pendakwa raya Kim Hwa-jin.

Tiada rezeki, yang penting Han So-hee jaga kesihatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...