Ikuti Kami:

Lepas ‘Hotel Del Luna’, Yeo Jingoo Kembali Dengan Drama Thriller Psikologi ‘Monster’ Bersama Shin Hakyun

Lepas ‘Hotel Del Luna’, Yeo Jingoo Kembali Dengan Drama Thriller Psikologi ‘Monster’ Bersama Shin Hakyun

Selepas Yeo Jin-goo mengambil masa untuk berehat selepas berlakon dalam drama popular “Hotel Del Luna” pada tahun lalu, kini lelaki itu akan kembali semula ke kaca televisyen semua dengan sebuah drama bertajuk “Monster” di bawah saluran JTBC.

Drama thriller psikologi ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”

Bukan sahaja Yeo Jin-goo, bahkan pelakon terkenal iaitu Shin Ha-kyun turut membintangi drama ini dan bakal membawa watak Lee Dong-shik iaitu seorang bekas detektif yang kini diturunkan pangkat untuk melakukan kerja pejabat sahaja di sebuah balai polis tempatan. Namun hidupnya berubah apabila bertemu dengan Han Joo-won (Yeo Jin-goo) iaitu seorang detektif berkemahiran tinggi yang menjadi pasangannya. Semuanya semakin menjadi serabut apabila satu kejadian pembunuhan yang sama seperti kejadian pembunuhan bersiri pada 20 tahun lepas terjadi di kejiranan mereka.

jtbc monster

Menurut Yeo Jin-goo, dia berminat dengan suasana unik yang dapat dirasainya apabila meneliti drama “Monster”.

Saya tertarik dengan suasana unik yang membuatkan “Monster” berlainan daripada drama lain dalam genre yang sama, selain daripada watak realistik dan emosi yang menyelubungi cerita ini. Saya rasa saya akan dapat menunjukkan kepada penonton sisi baru saya menerusi watak Han Joo-won, jadi saya berasa teruja dan meletakkan harapan yang tinggi padanya.

Sama juga dengan Shin Ha-kyun,

Saya tertarik dengan skrip dan karakternya. Saya akan bekerja keras untuk mencipta sebuah drama dengan pelakon dan juga staf produksi yang lain. Jadi, harap anda semua meletakkan harapan pada naskhah ini.

Khabarnya, “Monster” bakal menemui penonton pada separuh pertama 2021. Mesti yang dah tak sabar nak tonton gandingan Yeo Jin-goo dan Shin ha-kyun kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...