Ikuti Kami:

Lepas 7 Bulan Musim Pertama Tamat, ‘Hospital Playlist’ Musim Ke-2 Bakal Mula Penggambaran Disember Nanti

Lepas 7 Bulan Musim Pertama Tamat, ‘Hospital Playlist’ Musim Ke-2 Bakal Mula Penggambaran Disember Nanti

Setelah 6 bulan menamatkan tayangan, “Hospital Playlist” kekal mendapat tempat dalam hati penonton K-Drama sebagai sebuah drama perubatan yang menenangkan dan lain daripada yang lain.

Lama yang dah menunggu untuk musim terbaru, khabarnya drama yang diterajui oleh Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Yoo Yeon-seok dan Jeon Mi-do itu sudah pun memulakan penggambaran untuk bahagian keduanya. Serius lah?

hospital playlist musim kedua

Menurut satu entri di Twitter, seorang pelajar perubatan telah menceritakan mengenai para pelakon “Hospital Playlist” yang datang menjalankan penggambaran di hospital tempatnya bertugas,

Tak pasti sekiranya ia merupakan berita yang baik tapi ‘Hospital Playlist’ musim kedua sudah memulakan penggambaran (saya merupakan pelajar perubatan dan hospital tempat saya bertugas merupakan set penggambaran).

hospital playlist musim kedua

Walaupun menurut laporan Sports Donga, pengarah Shin Won-ho sedang sibuk mencari watak pembantu yang diperlukan untuk musim kedua ini sehingga hujung bulan November. Malah penggambaran musim kedua bakal mula secra rasmi pada bulan Disember nanti.

Namun begitu yang sedihnya, watak Ahn Chi-hong yang dilakonkan oleh Kim Jun-han dan Bae Joon-hee yang dilakonkan oleh Shin Do-hyeon tidak akan muncul dalam musim kedua nanti.

Berita itu nyata membuatkan peminat setia “Hospital Playlist” bersorak gembira kerana mereka dapat menyaksikan doktor kegemaran mereka beraksi tak lama lagi.

Seperti khabar angin yang berterbangan, katanya musim kedua drama perubatan ini akan menemui penonton Jun 2021 nanti. Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...