Ikuti Kami:

Lepas 2 Tahun Bercerai, Ahn Jaehyun Sertai Ahli ‘New Journey To The West’ Dalam Program Baru ‘Spring Camp’

Lepas 2 Tahun Bercerai, Ahn Jaehyun Sertai Ahli ‘New Journey To The West’ Dalam Program Baru ‘Spring Camp’

Lama betul tak dengar khabar berita mengenai Ahn Jae-hyun kan? Dah rindu nak tengok telatah ‘gila-gila’nya dalam rancangan hiburan.

Seronok apabila mendengar bahawa pelakon lelaki itu akan muncul dalam program terbaru PD Na Young-seok bersama ahli “New Journey To The West” lain iaitu “Spring Camp”.

Untuk pengetahuan anda, Ahn Jae-hyun merupakan ahli tetap rancangan “New Journey To The West” namun bertindak mengundurkan diri sebelum tayangan musim ke-7 selepas dia melalui proses penceraian dengan pelakon Gu Hye-sun.

tving spring camp

Pertama kali kembali ke program hiburan selepas beberapa tahun berehat, Ahn Jae-hyun bersama Kang Ho-dong, Lee Su-geun, Eun Ji-won, Kyu-hyun (Super Junior), Mino (WINNER) dan P.O (Block B) akan menuju ke satu trip perkhemahan bagi meraikan musim bunga kini.

Sedikit berlainan dengan format asal “New Journey To The West”, setiap ahli akan dapat berhubungan dengan alam semula jadi dan berehat daripada kesibukan hidup di kota.

Episod pertama “Spring Camp” akan ditayangkan pada 7 Mei nanti, namun penonton dapat menyaksikan telatah mereka semua dalam ‘Episod.0’ yang bakal ke udara pada hari ini (30 April di laman TVing.

Yes! Seronoknya Ahn Jae-hyun dah kembali aktif.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...