Macam-macam yang berlaku pada Hwang Jung-eum kan baru-baru ini.
Terbaru, Hwang Jung-eum berkongsi perkembangan terkini bersama anak-anaknya melalui saluran peribadinya, dengan kapsyen, “Mereka terlalu comel, saya berharap mereka tidak membesar lagi.”
Dalam gambar-gambar yang dikongsi, Hwang Jung-eum dilihat bersama dua anak lelakinya. Anak-anaknya dilihat mengenakan baju tidur yang sama kelihatan sangat gembira sambil tersenyum lebar. Selain itu, penampilan tenang dan damai Hwang Jung-eum juga menarik perhatian.
Malah ada yang menyokong di ruangan komen supaya Hwang Jung-eum memberikan fokus kepada keluarga dan bukannya mencari lelaki baru pada saat ini.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Hwang Jung-eum berkahwin dengan Lee Young-don pada tahun 2016 dan memutuskan untuk bercerai kerana lelaki itu didakwa curang.
Kemudian, Hwang Jung-eum juga baru sahaja menjalinkan hubungan terbuka dengan pemain bola keranjang, Kim Jong-kyu, tetapi mereka berpisah hanya selepas dua minggu mengumumkan secara rasmi mengenai percintaan itu.
Semoga berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.