Ikuti Kami:

“Lelaki Paling Bertuah” – Lisa BP Bahagia Pergi Bercuti Dengan Keluarga Frédéric Arnault

“Lelaki Paling Bertuah” – Lisa BP Bahagia Pergi Bercuti Dengan Keluarga Frédéric Arnault

Semakin hari, Lisa BLACKPINK nampaknya semakin berani untuk mendedahkan hubungannya bersama Frédéric Arnault kepada umum.

Baru-baru ini, kakak ipar kepada Frédéric iaitu Géraldine Guyot-Arnault telah berkongsi foto dan video ketika pergi bercuti bersama keluarganya di Greece.

Menarik perhatian, peminat sepertinya mendengar suara Lisa dalam video yang dimuat naik dan namanya juga turut disebut oleh salah seorang lelaki.

Tambahan pula, anjing yang dilihat dalam video itu juga dipercayai adalah haiwan peliharaan Lisa yang diberi nama ‘Love’.

Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Lisa turut mengikuti percutian keluarga ‘teman lelakinya’ itu, menunjukkan hubungan akbrab antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Malahan di Instagram Story sebelum ini, penyanyi “ROCKSTAR” itu telah memuat naik foto bunga berlatarkan pulau yang sama seperti yang dikongsi kakak ipar Frédéric itu.

Keluarga bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...