Baru-baru ini, ahli “2 Days 1 Night” telah teruk dikritik kerana berkelakuan tidak sopan pada wanita.
Terbaru dalam siaran 6 Oktober program “2 Days 1 Night”, pasukan produksi telah menjalankan misi tersembunyi untuk kesemua enam ahli, bagi mengetahui siapakah yang ‘paling jantan’ antara mereka.
Khususnya, mereka ingin melihat apa yang ahli akan lakukan, selepas salah seorang kru wanita bergelut membawa 2 biji buah tembikai yang berat, lalu di hadapan mereka.
Ujian pertama dilakukan pada Kim Jong-min, di mana lelaki itu nampaknya tidak berniat untuk menolong wanita itu dan sebaliknya hanya bertanya kepadanya,
Itu siapa punya?
Begitu juga dengan ahli lain seperti Yoo Seon-ho, DinDin, Jo Se-ho dan Lee Joon yang langsung tidak membantu wanita yang dalam kesusahan itu. Respon Lee Joon mengenai ini,
Hari ini saya menunjukkan kepada anda versi lelaki yang paling teruk tapi sebenarnya, saya tak nampak dia. Kalau saya nampak pun, saya tak akan tolong dia.
Kesudahannya, satu-satunya ahli yang membantu kru wanita itu adalah Moon Se-yoon, mendapat tepukan dari ahli dan semua kakitangan di situ.
Selepas episod itu disiarkan, penonton rata-rata kesal dan terus mengkritik ahli yang langsung tidak berkelakuan baik dengan wanita. Antara komen yang ditulis,
- Lelaki Korea memang macam ni eh.
- Aduh dah malas nak tengok ‘2 Days 1 Night’ lepas ni.
- Lahh Moon Se-yoon je yang tolong?
- Saya yang perempuan pun mesti akan tolong kalau nampak wanita yang tengah susah tu.
Lahh kantoi je perangai sebenar gitu..