Meskipun klisé namun “A Business Proposal” nyata berjaya merebut hati ramai penonton K-Drama semasa tayangannya.
Tidak lari daripada plot yang sama dalam naskhah komedi romantik hingga menerima sedikit kritikan pada awalnya, drama itu tetap menyaksikan kejayaan hebat hingga meraih rating lebih 11% semasa tayangannya.
Terbaru Kim Se-jeong yang membawa watak Shin Ha-ri telah berkongsi pandangan mengenai hal berkenaan dalam sebuah temubual.
Soalan yang ditanya ialah,
‘A Business Proposal’ ialah naskhah yang bekerja dengan klisé yang sering muncul dalam genre komedi romantik seperti lelaki kaya dan wanita biasa serta cinta kontrak. Pun begitu, klisé tersebut berjaya diselongkar dengan menarik dan ‘A Business Proposal’ turut disayangi ramai tetapi awak mungkin berasa sukar untuk merasai personanya apabila membaca skrip pada awalnya. Apa yang membuatkan awak mahu membintangi ‘A Business Proposal’?
Jawab Kim Se-jeong,
Saya tertarik dengan bahagian itu. Semasa sedang membaca skrip, terdapat banyak babak yang membuatkan saya ‘Ah, apa lagi, apa lagi?’ dan ‘Jadi apa yang berlaku selepas itu’ lantas saya terus mencari episod seterusnya. Saya merasakan persona terhadap keringkasan merupakan titik ketenangan yang dimahukan kini. Terdapat ramai yang lelah secara psikologi dek COVID-19 tapi saya merasakan lebih baik bergembira dan membuatkan ramai ketawa dan tidak berasa stres kerananya. Jadi, drama ini datang pada saya semasa waktu yang baik.
Klisé pun boleh jadi best lah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.