Ikuti Kami:

“Lelaki Hodoh Pun Tak Boleh Percaya” – Jeon Somin

“Lelaki Hodoh Pun Tak Boleh Percaya” – Jeon Somin

Baru-baru ini, kenyataan yang dilontarkan oleh Jeon So-min dalam episod terbaru “Running Man” telah menarik perhatian ramai.

Dalam salah satu misinya, setiap ahli bersembang mengenai topik “Lelaki bagaimana yang awak tak mahu kenalkan pada adik perempuan awak?”

Jawab Jung Sang-hoon,

Lelaki nakal.

sbs running man

Jelas Yoo Jae-suk,

Saya juga tak suka jelaskan mengenai sisi saya yang kurang peramah. Sukar untuk menjelaskan secara terperinci mengenai lelaki nakal. Seperti dingin dan cakap lepas.

Rata-rata ahli telah mengusik Yoo Jae-suk yang mahu menjadi ‘lelaki nakal’ dan berkata,

Lelak nakal biasanya kacak.

sbs running man

Selit Kim Jong-kook pula,

Sejujurnya, saya tak mahu kenalkan lelaki kacak pada adik saya. Dia hanya akan menjaga wajahnya sahaja.

Nafi Jeon So-min,

Tak. Segelintir lelaki hodoh berperangai buruk seperti wajahnya.

sbs running man

Marah Yoo Jae-suk,

Kasar sangat kata-kata awak tu.

Selepas perdebatan itu ke udara, kata-kata Jeon So-min telah menjadi perbualan hangat di serata laman komuniti. Kata netizen, “Benar katanya”, “Kamera terus berpaling pada Yang Se-chan selepas dia berkata begitu”, “Kelakarnya” dan lain-lain.

Setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...