Ikuti Kami:

“Lelaki Boleh Jadi Kenapa..” – Jessi Pertikaikan Persepsi Terhadap Wanita Berpakaian Menjolok Mata

“Lelaki Boleh Jadi Kenapa..” – Jessi Pertikaikan Persepsi Terhadap Wanita Berpakaian Menjolok Mata

Jessi telah menyuarakan kepercayaannya terhadap pakaian yang mendedahkan tubuh.

Pada 4 November, Jessi telah membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube, “Diggle The K-star Next Door” di mana dia telah membuka cerita mengenai konsep seksinya.

Pengacara, iaitu Jonathan telah bertanyakan kepada penyanyi tersebut mengenai konsep ‘samseng’ seksi yang sering dibawanya dan bagaimana dia boleh senang mendedahkan tubuh badannya.

Jessi menjawab,

Ianya datang daripada keyakinan diri masing-masing. Saya tak akan pakai seksi jika saya buat persembahan di kolej atau universiti, tapi saya boleh berpakaian seksi di festival ‘Water Bomb’ kerana ianya tempat yang sesuai untuk berpakaian seperti itu.

jessi diggle

Tambahnya,

Kalau lelaki boleh buka baju dan tunjuk badan mereka, kenapa perempuan tak boleh? Ianya benda yang sama iaitu tunjuk badan masing-masing. Jadi saya tunjuk sajalah badan saya sebab saya tidak kisah jika ada sesiapa nak berkata apa-apa.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu “NUNU NANA” itu juga berkata,

Saya bukan ajar kamu semua untuk berpakaian seksi, semua pakaian seksi saya merupakan pakaian untuk saya membuat persembahan. Malah, saya juga jarang berpakaian seksi di kehidupan seharian saya.

Betul la cakap Jessi, kita kena ada keyakinan diri untuk buat apa yang kita suka tanpa hiraukan kata orang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...