Ikuti Kami:

Leher Bertanda, Penonton Puji ‘Do You Like Brahms?’ Realistik Dek Selit Kesan Normal Buat Pemain Biola

Leher Bertanda, Penonton Puji ‘Do You Like Brahms?’ Realistik Dek Selit Kesan Normal Buat Pemain Biola

Dalam diam, ramai penonton yang perasan terdapat tanda lebam pada leher pelakon Park Eun-bin dalam drama “Do You Like Brahms?”.

Dalam drama romantik tersebut, pelakon wanita itu membawa watak Chae Song-ah, seorang pemain violin yang amatur. Disebabkan mahu menampilkan watak tersebut secara realistik, maka lahirlah tanda tersebut. Bahkan para ahli muzik juga kagum dengan perincian tersebut kerana lebam sedemikian adalah satu perkara yang biasa bagi pemain biola.

park eunbin do you like brahms?

Malah Park Eun-bin turut meletakkan sapu tangan di tangannya bagi menampung biola tersebut supaya tidak bertanda nanti. Satu tabiat normal yang sama seperti pemain biola di luar sana.

park eunbin do you like brahms?

Tak cukup dengan itu, setiap daripada pelakon “Do You Like Brahms?” dikhabarkan sentiasa menggunakan masa rehat di antara penggambaran untuk berlatih bermain alat yang dipertanggungjawabkan pada watak masing-masing.

Sebab itu drama Korea sentiasa tampil realistik kerana mereka menekankan ‘detail’ sehingga sekecil ini. Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...