Sepertinya peminat K-Drama bakal bertemu Lee Yi-kyung dalam sebuah drama baru tak lama lagi.
Menurut wakil dalam industri, pelakon lelaki itu dilaporkan ada menerima tawaran untuk menerajui “Marry My Huband”.
Respon agensinya,
Lee Yi-kyung ada menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Marry My Husband’ dan sedang menelitinya.
Drama yang diadaptasi dari novel web ini membawa kisah Kang Ji-won yang menghidapi penyakit membawa maut dan menyaksikan kecurangan antara suami dan rakan baiknya sendiri. Dia kembali 10 tahun kemudiannya bagi membalas dendam terhadap suami yang membunuhnya.
Jika menerima tawaran ini, Lee Yi-kyung akan memegang watak Park Min-hwan iaitu si suami yang ditangkap menduakan isterinya dan kemudian membunuh wanita itu.
Dalam pada itu, “Marry My Husband” dikhabarkan bakal memulakan penggambaran pada separuh pertama tahun ini namun tarikh tayangan masih belum ditetapkan lagi.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉