Utama Drama Korea Lee Sunkyun Bakal Kembali, Musim Kedua ‘Dr Brain’ Dalam Perbincangan Kini

Lee Sunkyun Bakal Kembali, Musim Kedua ‘Dr Brain’ Dalam Perbincangan Kini

dr brain 2

Mendapat sambutan hangat semasa tayangannya, nampaknya “Dr. Brain” mungkin akan kembali dengan musim baru nanti.

Menurut laporan media, siri berkenaan bakal menghasilkan musim keduanya dan perbincangan sudah pun bermula kini. Bukan itu sahaja, protagonis utamanya iaitu Lee Sun-kyun turut dikatakan akan kembali untuk sekuel ini.

Produksi masih di peringkat awal perbincangan, skrip untuk musim kedua  ini masih belum siap selain jadual penggambaran yang belum disahkan lagi. Tambahan pula, pengarah lain akan menggantikan Kim Ji-woon untuk musim kedua itu nanti.

dr brain

“Dr. Brain” ialah thriller sci-fi yang membawa kisah saintis otak bijak Go Se-won (Lee Sun-kyun) di mana keluarganya menjadi mangsa suatu kejadian misteri dan melalui satu tragedi buruk. Ia berdasarkan sebuah webtoon popular dengan nama yang sama dan telah ditayangkan di 100 negara menerusi laman Apple TV+ pada November lalu.

Walaupun kurang mendapat sambutan di Korea, namun siri itu meraih pujian di luar negara. Malah The New York Times mengatakan bahawa drama ini membina plot saspens dengan tenang selain memaparkan genre yang memukau dengan pendedahan yang mengejutkan.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERJTBC
Loading...