Bukan beshe-beshe populariti yang dikecapi oleh Jung Ho-yeoni! Dek watak Kang Sae-byeok yang dingin dalam “Squid Game”, model tersebut boleh dikatakan sebagai pelakon baru yang menjadi sebutan ramai kini.
Bukan itu sahaja, si tinggi lampai itu baru sahaja mengalahkan Song Hye-gyo dan Lee Sung-kyung bagi merebut tempat sebagai pelakon wanita dengan pengikut Instagram terbanyak kini. Setakat jam 6.30 petang (waktu Korea, Jung Ho-yeon sudah meraih 13 juta pengikut dan mengalahkan pemegang asal takhta berkenaan iaitu Lee Sung-kyung dengan 12.9 juta pengikut.
Meraih sejuta pengikut baru dalam masa sehari sejak semalam, Jung Ho-yeon ternyata menerima sokongan dan cinta daripada peminat di seluruh dunia?
Hebat kan model ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.