Adakah Lee Soo-hyuk dan Go Youn-jung akan bergandingan dalam drama yang sama?
Terbaru, kedua-dua mereka dilaporkan dalam pertimbangan untuk menjadi pelakon utama dalam drama “The Slayer”.
Lee Soo-hyuk dikhabarkan akan membawa watak sebagai pemburu iblis, Ryu Jung-han, yang keluar sebelum fajar untuk menyelamatkan dunia.
Manakala Go Youn-jung pula akan memegang watak Shin Mi-young, pegawai veteran termuda yang sedang memburu pembunuh yang membunuh semua orang di bandar.
Penggambaran masih dalam perbincangan dan info lanjut dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.