Utama Drama Korea Lee Soohyuk Dikhabarkan Bakal Sertai Seo Inguk & Park Boyoung Dalam Drama...

Lee Soohyuk Dikhabarkan Bakal Sertai Seo Inguk & Park Boyoung Dalam Drama Fantasi ‘Ruin’

drama ruin

Selepas filem “Pipeline” dan drama “King Of High School”, khabarnya Lee Soo-hyuk bakal bertemu semula dengan Seo In-guk dalam drama baru bertajuk “Ruin”.

YG Entertainment yang merupakan agensi Lee Soo-hyuk mengesahkan bahawa pelakon itu ada menerima tawaran drama tersebut namun masih lagi di peringkat rundingan dan tiada apa yang diputuskan lagi.

“Ruin” membawa kisah mengenai individu yang hanya hidup demi dirinya sendiri selepas berada di ambang kematian. Seo In-guk disahkan turut berada dalam perbincangan untuk berlakon drama itu, malah nama Park Bo-young juga disebut sebagai antara watak wanita utamanya.

drama ruin
Dari kiri: Seo In-guk, Park Bo-young

Seronok betul kalau mereka semua ini dapat muncul sekali? Pasti “Ruin” akan menjadi ekstra best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...