Ikuti Kami:

Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn & Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

Lee Siyoung Daki Gunung Breithorn & Catat Rekod Unik Buat Kumpulan Pendaki Wanita Dunia

Umum pasti mengenali pelakon Lee Si-young yang sememangnya sangat menggemari aktiviti sukan lasak. Baru-baru ini, Lee Si-young memuat naik beberapa keping gambar dia mendaki bersama beberapa rakannya di akaun Instagramnya.

Lee Si-young berjaya menarik perhatian peminat apabila dia mendaki gunung Breithorn dan mencipta rekod unik dengan pasukan daki wanita terbesar di dunia.

Menurut Pelancongan Switzerland, hampir 80 pendaki wanita dari 25 negara termasuk pelakon Lee Si-young berjaya mencipta rekod dunia yang unik dengan pasukan daki wanita selepas menakluki gunung Breithorn setinggi 4,164 meter. Pasukan itu mencipta rekod sebagai pendaki wanita terbesar di dunia.

Acara itu diadakan oleh Switzerland Tourism sebagai sebahagian daripada “100% Inisiatif Wanita”. Pada mulanya, pasukan itu merancang untuk mendaki Allalinhorn namun mereka memutuskan untuk mendaki Breithorn sebaliknya kerana cuaca buruk.lee siyoungLee Si Young mengulas,

Sangat bermakna saya boleh menjadi sebahagian daripada acara yang menggalakkan wanita menyahut cabaran baharu. Saya gembira kerana saya mencipta rekod dengan pelbagai pendaki wanita dan kami berjaya menamatkan pendakian dengan selamat.

Cabaran yang diceburi oleh Lee Si-young baru-baru ini sememangnya berjaya menarik perhatian dan membuka mata para wanita untuk terus mencuba benda yang diluar jangkaan.

Lee Si-young sememangnya contoh terbaik buat para wanita!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...