Ikuti Kami:

Lee Seyoung Buat Peminat Teruja Dengan Penampilan Baru

Lee Seyoung Buat Peminat Teruja Dengan Penampilan Baru

Baru-baru ini, pelakon yang pernah muncul dalam drama bersiri “The Red Sleeve”, Lee Se-young telah memuat naik beberapa keping gambar yang menjadi tumpuan para peminat.

Dalam beberapa keping gambar tersebut , Lee Se-young sedang menjalani penggambaran iklan. Gambar itu berjaya mencuri perhatian penonton kerana Lee Se-young tampil dengan visualnya yang tajam dan ciri bentuk muka yang jelas. Dia memancarkan aura yang elegan dan anggun.

Sementara itu, Lee Se-young menarik perhatian dengan mendedahkan berat badannya bertambah 8 kilogram sewaktu melakonkan watak Im Seong-deok dalam drama popular MBC “The Red Sleeve”. Para peminat menyatakan bahawa berat badannya itu sangat tidak memberi kesan terhadap bentuk badannya kerana ia masih kelihatan langsing dan menawan. lee seyoungDalam pada  itu, Lee Se-young memilih drama baharu KBS “The Law Cafe” sebagai projek seterusnya. “The Law Cafe” mengisahkan kisah cinta Kim Jeong-ho yang dilakonkan oleh Lee Seung-gi, bekas pendakwa raya yang dikenali sebagai genius raksasa dan Kim Yu-ri, seorang peguam cantik dengan personaliti empat dimensi.

Korang dah tengok ke gambar terbaru Lee Se-young di Instagram?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...