Dengar cerita ramai yang sedang seronok melayan drama aksi iaitu “Vagabond”? Rating drama itu pun boleh dikatakan agak tinggi untuk slot tayangannya. Tak sangka ramai rupanya yang suka tengok cerita yang penuh dengan aksi dan babak mendebarkan!
Atau mungkinkah disebabkan oleh lakonan memukau teraju utamanya iaitu Lee Seunggi dan Suzy? Walaupun pada awal tayangannya, ada suara sumbang yang mengutuk lakonan wanita itu yang dikatakan sedikit kaku tetapi pernyataan itu nyata meleset apabila Lee Seunggi sendiri telah memuji lakonannya!
Watak Suzy sebagai seorang ejen National Intelligence Service sememangnya memerlukan ketangkasan dan lakonan yang berbakat bagi menjayakannya. Menurut Lee Seunggi, dia berasa kagum dengan wanita itu semasa mereka merakamkan satu babak mencabar di mana Suzy berusaha membantu dirinya meloloskan diri daripada satu situasi berbahaya. Pelakon lelaki itu menambah bahawa lakonan aksi Suzy tersebut mengingatkannya dengan pelakon aksi Hollywood yang tak asing lagi iaitu Angelina Jolie! Wow!
“Melihatnya membuatkan saya teringat dengan Angelina Jolie. Dia ada memberitahu yang dia berasa risau sekiranya dia menutup mata semasa merakamkan babak tembakan tapi sebaik sahaja penggambaran berjalan, dia terus menembak dengan pandangan yang tajam.”
Selepas mendapat pujian melambung daripada pelakon gandingannya itu, Suzy turut akui bahawa dia seronok merakamkan babak aksi dan ingin merakamkan banyak lagi babak sedemikian.
“Saya menyedari yang ianya sesuai dengan saya. Hal itu membuatkan saya ingin merakamkan banyak lagi babak sebegitu.”
Hebat betul Suzy! Walaupun kebanyakan naskhah lakonannya sebelum ini banyak kepada genre romantik dan sedih tetapi wanita itu berjaya membuktikan bahawa dia juga mampu untuk melakonkan watak aksi yang lasak. Sampai Lee Seunggi pun ‘menganga’lah tengok lakonannya.
Sumber: Koreaboo