Baru mengumumkan perkahwinan, ramai yang terus ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perancangan Lee Seung-gi dan Lee Da-in.
Walau bagaimanapun, ramai yang terpinga-pinga apabila nama lain yang disebut sebagai pasangan lelaki itu dalam beberapa dokumen berkaitan perkahwinan ini iaitu Lee Ra-yoon.
Bagi menjawab persoalan itu, agensi Lee Da-in berkongsi bahawa pelakon tersebut sebenarnya sudah menukar nama,
Memang benar Lee Da-in mengubah namanya. Tolong fahami bahawa agak sukar untuk mengesahkan kerana sebab menukarnya adalah hal peribadi.
Dikhabarkan bahawa Lee Da-in mengubah nama asalnya dari ‘Lee Joo-hee’ ke ‘Lee Ra-yoon’ manakala kakaknya, Lee Yu-bi turut menukar nama kepada ‘Lee So-yul’. Katanya, nama keduanya ditukar atas permintaan ibu mereka iaitu pelakon Gyeon Mi-ri. Ini kerana wanita itu merupakan penganut Buddha yang setia dan mahukan kehidupan lebih baik untuk anak-anaknya.
Walau bagaimanapun, tiada apa yang berubah berkaitan nama pentas memandangkan nama ‘Lee Da-in’ dan ‘Lee Yu-bi’ akan terus digunakan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉