Ikuti Kami:

Lee Sehee Dilamar Terajui ‘True Swordsmanship’ Bersama D.O. EXO

Lee Sehee Dilamar Terajui ‘True Swordsmanship’ Bersama D.O. EXO

Adakah Lee Se-hee bakal menjadi teraju utama sebuah drama KBS baru?

Menerusi laporan, pelakon wanita itu dikhabarkan akan menerajui drama “True Swordsmanship”.

Respon agensinya selepas berita itu tular,

Lee Se-hee ada menerima tawaran untuk muncul dalam drama ‘True Swordsmanship’ dan sedang menelitinya dengan positif.

Ianya merupakan drama perundangan mengenai seorang pendakwa raya jujur yang dilengkapi dengan kegagahan dan keteguhan bagi mencapai keadilan buat golongan lemah. Dia berusaha keras bagi memusnahkan organisasi pendakwaan dan juga kesemua rasuah yang berlaku dalam Korea.

lee sehee

Terdahulu, D.O. atau Do Kyung-soo daripada kumpulan EXO turut disahkan ada menerima tawaran untuk menyertai drama berkenaan.

Selain itu, drama perundangan ini akan memulakan penggambaran pada separuh pertama 2022.

Dalam pada itu, Lee Se-hee sedang membintangi drama mingguan “Young Lady And Gentleman” di KBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...