Siapa yang sedang mengikuti drama “VIP” pasti tengah panas dengan pelakon Lee Sangyoon yang bawa watak Park Sungjoon? Kebanyakan penonton menahan makian kerana tidak mentangka lelaki itu akan curang dengan anak pengarah dan ahli paling muda dalam pasukan mereka iaitu On Yoori. Lagi menyebabkan amukan apabila wanita muda itu menggunakan muka kesiannya untuk meraih simpati Sungjoon seterusnya membuatkan suami Jungsun melukakan hati isterinya lagi. GERAM!
Disebabkan oleh penonton yang meninggalkan komen makian pada saban episod drama itu, Lee Sangyoon sendiri pun dah takut nak baca berita tentangnya di portal laman sosial. Menerusi rancangan “To You Who Took The Trouble”, pelakon lelaki itu mendedahkan reaksi yang diterima daripada orang ramai selepas memainkan watak suami curang itu. “Seumur hidup, saya tak pernah menerima makian sebanyak ini. Saya dah mengagaknya tapi tak sangka sehingga seteruk ini. Lebih daripada 10,000 telah masuk ke ruang sembang drama tersebut untuk mencerca saya. Disebabkan ramai yang terlalu taksub dengan naskhah ini, saya terima makian yang teruk.”
Pelakon Shin Jaeha yang membawa watak Ma Sangwoo dalam drama “VIP” ini turut berseloroh, “Sangyoon cakap kalau lebih banyak makian watak Park Sungjoon terima, lebih bagus untuk drama ini.”
Lee Sangyoon menambah, “Drama ini mendapat resepsi yang bagus. Saya menerima kritikan daripada seluruh dunia. Jikalau dibenci merupakan faktor kejayaan, maknanya saya sedang berjaya.”