Ikuti Kami:

Lee Sangyi Hero Kedua Akhirnya Muncul, Rating ‘Hometown Cha Cha Cha’ Terus Pecah Rekod Peribadi

Lee Sangyi Hero Kedua Akhirnya Muncul, Rating ‘Hometown Cha Cha Cha’ Terus Pecah Rekod Peribadi

Nampaknya “Hometown Cha Cha Cha” terus menjadi sebutan ramai semakin kita melangkah ke episod hadapan.

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Lee Sang-yi

Selepas 4 episod, akhirnya Lee Sang-yi membuat kemunculan pertamanya di dalam drama tersebut. Diangkat sebagai hero kedua, watak Ji Seung-hyun dikhabarkan sebagai lelaki pernah disukai oleh Yoon Hye-jin dan bakal mempunyai ‘bromance’ bersama Kim Seon-ho.

Belum digambarkan secara nyata, ramai yang teruja dengan kemunculan Lee Sang-yi selain tidak sabar melihat lakonannya yang mendapat pujian daripada pengarah dan juga pelakon lain “Hometown Cha Cha Cha”.lee sangyi hometown cha cha cha

Rating terus menaik

Dalam pada itu, drama komedi romantik ini kekal meraih rating yang baik sepanjang tayangannya sehingga kini. Untuk episod terbaru ini, ia meraih sebanyak 8.7% secara purata manakala titik tertinggi yang dicapainya ialah 10.2% di mana ia merupakan rekod terbaru buat drama berkenaan.

Bagaimana pendapat anda selepas menonton 4 episod drama ini, okay tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...