Khabarnya, Lee Min-ki dan Kim Ji-won mungkin akan bergandingan dalam drama yang sama nanti.
Menurut laporan media, kedua-dua pelakon itu dikatakan akan membintangi sebuah drama baru di bawah saluran JTBC. Kata wakil daripada stesen penyiaran itu,
Lee Min-ki dan Kim Ji-won sedang meneliti tawaran drama tersebut dengan positif. Tajuk dan jadual masih boleh ditetapkan lagi.
Kalau anda nak tahu, kedua mereka pernah berlakon bersama dalam filem “Detective K” Secret Of The Living Dead” pada tahun 2018. Disebabkan oleh itu, ramai yang dah tak sabar nak melihat keserasian dan kematangan mereka sekiranya bergandingan sekali lagi dalam drama ini.
Selain itu, dikhabarkan bahawa drama ini akan memulakan tayangan pada tahun ini juga.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.