Ikuti Kami:

Lee Minki Jadi Tumpuan Lepas Pamer Watak Berkesan Dalam ‘My Liberation Notes’

Lee Minki Jadi Tumpuan Lepas Pamer Watak Berkesan Dalam ‘My Liberation Notes’

“My Liberation Notes” terbitan JTBC, sudah melabuhkan tirai apabila episod terakhir disiarkan pada 29 Mei lalu. Rata-rata dalam kalangan penonton sangat berpuas hati dengan hasil karya daripada barisan produksi dan pelakon. Namun, watak yang dipegang oleh Lee Min-ki juga dikhabarkan antara yang paling mendapat perhatian penonton. Tapi kenapa?

Watak Yeom Chang-hee yang dipegang oleh Lee Min-ki, akhirnya menemui arah bagi hala tuju hidupnya walaupun secara kebetulan. Watak yang dibawa oleh Lee Min-ki dilihat sangat berkesan dan semangat yang ditonjolkan sangat memberansangkan.

“My Liberation Notes” telah menimbulkan banyak persoalan tentang kehidupan, menggambarkan bagaimana kehidupan masih diteruskan walaupun selepas satu kehilangan. Daripada peristiwa dramatik, drama itu memberi perhatian kepada kehidupan harian biasa, dan secara beransur-ansur menunjukkan perubahan emosi watak dengan mengumpulkannya secara terperinci.

Lee Min-ki berjaya menggambarkan watak Yeom Chang-hee dengan ekspresi realistik dan garis emosi yang terperinci, mencipta satu lagi watak hebat sepanjang profil filemografinya. Dia juga membuktikan dengan menonjolkan kemahiran lakonan yang lengkap dengan menampilkan warna wataknya, yang merupakan campuran kesungguhan dan keseronokan yang menarik bukan sahaja empati tetapi juga tawa dan air mata daripada penonton.lee minkiLee Min-ki telah memainkan watak lelaki yang bersemangat tetapi berhati lembut melalui beberapa filem lain seperti “Temperature of Love,” terbitan JTBC, “Beauty Inside” dan juga terbitan tvN, “Because This Is My First Life.” Memandangkan dia sebelum ini muncul dalam banyak drama bergenre komedi romantik, dia semakin dikenali dengan lakonannya yang lucu.

Dia telah berkembang ke tahap lakonan yang baru melalui “My Liberation Notes”. Kini, bukan sahaja lakonan bergenre komedi, tetapi kini semua orang tahu betapa hebatnya dia dalam lakonan emosi juga.lee minkiSelepas menamatkan sesi rakaman bagi “My Liberation Notes”, Lee Min-ki mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton kerana menyokong dan menonton drama tersebut dengan penuh ikhlas.

Semoga terus memberikan lakonan yang hebat, Lee Min-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...