Lee Min-hyuk BTOB baru-baru ini mengumumkan bakal melancarkan satu album baharu dan sekali gus menunjukkan kehadirannya sebagai pemuzik solo HUTA sekali lagi, dalam industri muzik K-pop.
Terbaru, melalui akaun sosial media rasmi BTOB, imej teaser bagi poster untuk menyatakan pelancaran album penuh kedua HUTA, “BOOM” telah disiarkan. Dalam imej teaser yang dikeluarkan, tema warna biru pekat bersama nama album “BOOM” berjaya menarik perhatian malah meningkatkan lagi jangkaan untuk kemunculan semula HUTA.
Lee Min-hyuk atau HUTA mengeluarkan album solo pertamanya “HUTAZONE” pada tahun 2019 dan telah berjaya membuktikan keupayaannya untuk menulis, mengarang dan menghasilkan semua lagu. Dia juga telah menunjukkan sisi seorang pemuzik solo yang serba boleh tanpa batasan.
https://twitter.com/OFFICIALBTOB/status/1534550826408103937
Untuk pengetahuan, album penuh kedua HUTA iaitu “BOOM” akan dilancarkan pada 27 Jun ini! Jadi, sama-sama kita nantikan okay!