Musim kedua “Pachinko” bakal menemui penonton tak lama lagi!
Berdasarkan novel dengan nama yang sama, “Pachinko” adalah kisah pelbagai generasi tentang perang dan damai, cinta dan perpisahan, serta kemenangan dan hukuman yang merangkumi Korea, Jepun, dan Amerika Syarikat.
Pada musim ini, pelakon Kim Sung-kyu akan menyertai Youn Yuh-jung, Lee Min-ho, dan Kim Min-ha dalam barisan pelakon terkenal drama ini.
“Pachinko” mengisahkan perjalanan luas sebuah keluarga imigran Korea merentasi empat generasi, dari zaman penjajahan Jepun hingga ke tahun 1980-an. Ia bermula dengan pertemuan mereka dengan Han-su (Lee Min-ho), seorang perantara baru yang tiba di Yeongdo, Busan pada awal 1900-an.
Dalam musim kedua, cerita ini akan menyelami lebih dalam kehidupan Sunja (Kim Min-ha), seorang ibu yang membesarkan dua anak dan membina jalan hidup dengan ketabahan dan semangatnya.
“Pachinko 2” mengandungi 8 episod di mana ia akan meriliskan satu episod pada saban minggu bermula pada 23 Ogos ini.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.