Ikuti Kami:

Lee Minho Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Buat Individu Tinggal Komen Jahat

Lee Minho Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Buat Individu Tinggal Komen Jahat

Baru sahaja kembali ke dunia lakonan menerusi “The King: Eternal Monarch”, namun Lee Min-ho sering menerima komen berbaur kutukan yang melampau. Mungkin disebabkan itu, pelakon itu mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkaran ini menerusi tindakan undang-undang.

Firma guaman yang mewakili pelakon itu iaitu LIWU bakal mengambil tindakan terhadap kesemua komen jahat yang diarahkan kepadanya.

Firma guaman LIWU kini sedang memerhati entri tidak berasas (komen jahat) yang mengandungi serangan peribadi, gangguan seksual, penyebaran maklumat palsu serta khabar angin tidak baik mengenai pelakoan Lee Min-ho daripada MYM Entertainment.

Kami kini sedang dalam proses mengumpul bukti komen berbaur jahat yang ditinggalkan oleh individu di DC Inside, kafe dan blog, nasihat atau permintaan pemadaman komen, membina data bagi individu berkenaan dan membuat aduan jenayah. Kami juga sedang mengumpul bukti dan membuat senarai buat individu yang meninggalkan komen jahat berdasarkan emel yang diterima daripada MYM, jadi kami berharap agar ramai yang menghantar maklumat.

lee minho saman komen berbaur jahat

Berhati-hati siapa yang tinggalkan komen jahat buat Lee Min-ho, sebab anda mungkin diheret ke muka pengadilan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...