Ikuti Kami:

Lee Minho Akui Jalani Sesi Kaunseling Sebelum Rakam Babak Intim Buat ‘Pachinko’

Lee Minho Akui Jalani Sesi Kaunseling Sebelum Rakam Babak Intim Buat ‘Pachinko’

Nampaknya Lee Min-ho menarik perhatian ramai menerusi kemunculannya dalam siri Apple TV+ iaitu “Pachinko”.

Terbaru, pelakon popular itu telah menyertai temubual bersama sebuah majalah dan berkongsi lebih banyk cerita di sebalik tabir penggambaran siri 8 episod itu.

Baru pertama kali merasai suasana produksi Hollywood, Lee Min-ho meluahkan rasa kagum apabila melihat ketelitian mereka. Malah set berlatarbelakangkan era penjajahan Jepun yang besar dikatakan sangat luar biasa.

lee minho pachinko

Tambahnya lagi,

Bahkan sebelum merakamkan babak bercium atau pun babak di atas katil, pelakon yang terlibat akan ditemuramah oleh pakar dan berunding mengenai emosi dan psikologi mereka pada ketika itu. Kerja yang teliti itu sangat mengagumkan.

Bukan itu sahaja, ‘showrunner’ atau pun penulis skrip iaitu Soo Hugh turut memberikan bantuan yang banyak buat Lee Min-ho dalam mengabadikan watak Han-soo di dalam dirinya.

Okay tak lakonan Lee Min-ho dalam “Pachinko”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...