Ikuti Kami:

Lee Mijoo Kongsi Keadaan Selepas Positif COVID-19

Lee Mijoo Kongsi Keadaan Selepas Positif COVID-19

Lee Mi-joo telah berkongsi gejala yang dialaminya selepas disahkan positif COVID-19 pada 23 Februari lalu.

Pada episod 5 Mac rancangan televisyen MBC “Hangout with Yoo”, Yoo Jae-suk dilihat menelefon dan berborak dengan Mi-joo melalui panggilan telefon. Memandangkan belum lama Mi-joo disahkan positif COVID-19 semasa penggambaran episod itu, Yoo Jae-suk menelefonnya untuk bertanya khabar. Apabila Mi-joo mengangkat panggilannya, dia memanggilnya dengan nama panggilan,

Mae-joo.

Tetapi Mi-joo membalasnya dengan suara yang tidak bertenaga dan memberitahu simptomnya,

Suara saya hilang. Ia benar-benar hilang.

lee mijoo yoo jaesuk

Dengan pandangan yang risau, Yoo Jae-suk yang pernah positif COVID-19 sebelum ini memberitahunya,

Saya sudah beritahu awak. Saya beritahu bahawa awak akan jadi seperti itu.

Jung Jun-ha yang berada di situ turut bertanya dengan risau,

Oh tidak, Mi-joo. Awak tidak boleh bercakap sekarang, bukan?

Mi-joo menjawab,

Rasanya seperti seseorang cuba mengoyakkan tekak saya.

lee mijoo

Sementara itu, Mi-joo sudah disahkan pulih sepenuhnya pada 2 Mac lalu dan telah pun memulakan aktivitinya seperti biasa.

Jaga diri tau korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...