Ikuti Kami:

Lee Mijoo Bakal Buat Perjumpaan Bersama Peminat Setelah 3 Tahun

Lee Mijoo Bakal Buat Perjumpaan Bersama Peminat Setelah 3 Tahun

Baru-baru ini, Lee Mi-joo telah mengesahkan bakal mengadakan “Meet & Greet with Lee Mi-joo” untuk meluangkan masa istimewa bersama peminat! Best nya!

Menurut agensinya, Antenna Entertainment, Lee Mi-joo mengumumkan melalui akaun sosial media rasminya bahawa “Meet & Greet” akan diadakan di Dewan Spigen di Gangnam pada jam 3 petang pada 18 Jun nanti. Konsert ini adalah konsert pertama dalam tiga tahun sejak “Lovelyz Concert Away 2” diadakan pada Ogos 2019, dan ia merupakan perjumpaan bersama peminat secara bersemuka.

Permohonan untuk “Meet & Greet” dijalankan melalui sistem cabutan undian melalui aplikasi secara atas talian. Permohonan untuk penyertaan perlu dibuat pada 2 Jun, dan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun nanti.

Sementara itu, sebelum ini Lee Mi-joo membuat penampilan sulung sebagai ahli kumpulannya Lovelyz, dan kini dia merupakan seorang penghibur dengan semangat hiburan yang sangat pelbagai dan aktif seperti dalam satu rancangan terbitan MBC “What You Do When You Play?”, rancangan terbitan Mnet, “TMI NEWS SHOW” dan juga rancangan hiburan popular terbitan tvN “Sixth Sense”.

Lee Mi-joo sememangnya figura yang serba boleh! Tak sabar nak tengok gambar-gambar dari “Meet & Greet” itu nanti! Nantikan informasi seterusnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...