Ikuti Kami:

Lee Kyuhyung & Jung Ryeowon Sah Terajui Drama Misteri Perundangan ‘Let’s Start The Defense’

Lee Kyuhyung & Jung Ryeowon Sah Terajui Drama Misteri Perundangan ‘Let’s Start The Defense’

Selepas hanya nama Jung Ryeo-won disebut kelmarin, nampaknya dua teraju utama untuk drama “Let’s Start The Defense” sudah pun disahkan hari ini.

Ianya merupakan drama misteri perundangan mengenai dia peguambela awam yang terlibat dalam kes pembunuhan bersiri melibatkan orang tua.

Jung Ryeo-won akan membawa watak No Chak-hee, seorang peguam hebat dengan kadar kemenangan tinggi namun telah ditolak menjadi peguambela awam. ‘Chak-hee’ bermaksud ‘hidup dengan baik’, namun dek nama keluarganya ‘No’ ianya menghalang dia daripada mencapai kejayaan itu. Dia merupakan seorang yang bekerja keras dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangis kes. Pun begitu, setahun yang lalu, sebelum dia dinaikkan pangkat sebagai rakan guaman, lesennya hampir ditarik selepas terlibat dengan satu kes yang pelik. Tujuan utamanya kini adalah untuk melakukan ‘comeback’ di firma guaman itu secepat mungkin.

let's start the defense

Lee Kyu-hyung pula bertanggungjawab membawa watak Jwa Shi-baek yang mempunyai sisi jahat dan baik. Dia merupakan seorang yang dingin dan kejam kepada yang berkuasa namun baik dan peramah dengan yang lemah. Apabila bergraduasi dari jurusan undang-undang, dia mampu menjadi hakim, pendakwaraya ataupun peguam di firma guaman teratas namun menolaknya dan menjadi peguambela awam sahaja. Walaubagaimanapun, dia menjalani kehidupan yang peribadi sehingga kan setiausahanya yang sudah lama bekerja sekali tidak mengenalinya dengan mendalam.

Buat masa ini, “Let’s Start The Defense” sedang dalam perbincangan untuk ditayangkan di laman OTT.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...