Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Sah Terajui Drama Thriller ‘No Way Out’ Bersama Ramai Pelakon Hebat

Lee Kwangsoo Sah Terajui Drama Thriller ‘No Way Out’ Bersama Ramai Pelakon Hebat

Siap sedia semua untuk tonton Lee Kwang-soo dalam drama baru!

Terbaru, Lee Kwang-soo telah disahkan akan terajui drama thriller misteri baru berjudul “No Way Out” bersama pelakon hebat lain seperti Lee Sun-kyun, Yoo Jae-myung dan Kim Moo-yeol.

Untuk pengetahuan, “No Way Out” akan mengikuti kisah seseorang yang cuba membunuh dan orang yang cuba bertahan apabila tawaran pembunuhan kontrak dibuka secara terbuka dengan ganjaran sebanyak 20 bilion KRW, selepas penjenayah terkenal dibebaskan dari penjara.

drama no way out

Dalam drama ini, Lee Kwang-soo akan memainkan watak sebagai Yoon Chang-jae, seorang penjual daging yang ingin mendapatkan kembali wang yang dicurinya.

Sementara itu, “No Way Out” telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada Oktober ini dengan rancangan untuk ditayangkan pada 2024.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...