Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo, Kim Woobin & Im Joohwan Jadi Tetamu, ‘Unexpected Business 2’ Raih Rating Tertinggi

Lee Kwangsoo, Kim Woobin & Im Joohwan Jadi Tetamu, ‘Unexpected Business 2’ Raih Rating Tertinggi

Seronok betul musim kedua “Unexpected Business”!

Memasuki episod kedua, bos Cha Tae-hyun dan Jo In-sung dibantu oleh tiga pekerja separuh masa kacak iaitu Lee Kwang-soo, Im Joo-hwan dan Kim Woo-bin. Makin kecoh!

Kedatangan mereka itu ternyata disambut baik penonton apabila episod berkenaan meraih rating yang membanggakan. Dengan catatan purata 8.4% dengan titik tertinggi 10.5% berdasarkan isi rumah seluruh negara. Bahkan ia menduduki tempat pertama untuk slot berkenaan bagi saluran wam dan juga kabel.

Lebih membanggakan kerana rekod ini merupakan catatan terbaik program berkenaan dalam kedua-dua musimnya sekaligus membuktikan kepopularitian dalam kalangan penonton.

tvn unexpected business 2

Dalam episod kali ini, penonton terhibur melihat kekalutan kedua bos berkenaan menguruskan pasaraya yang bersaiz lebih besar untuk musim ini selain ketiga-tiga pekerja separuh masa yang berdedikasi dalam membantu pelanggan meskipun pertama kali melakukan kerja berkenaan.

Untuk pengetahuan, “Unexpected Business” menampilkan Jo In-sung dan Cha Tae-hyun yang menjadi bos pasar raya di kawasan terpencil selama 10 hari. Malah ianya turut disertai oleh ramai selebriti popular pada saban episod.

Siapa yang layan program ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...