Sepertinya penonton “The Zone: Survival Mission” akan berasa sedih dengan berita ini.
Menurut laporan media, Lee Kwang-soo disahkan tidak akan menyertai musim ketiga rancangan tersebut dan meninggalkan Yoo Jae-suk bersama Yuri sebagai hos kekal.
Walau bagaimanapun, dalam laporan lain, Dex yang popular sebagai personaliti TV kini selepas mengecapi kejayaan dalam rancangan “Single’s Inferno” dikhabarkan bakal menggantikan tempat Lee Kwang-soo di dalam “The Zone: Survival Mission”.
Dalam pada itu, Lee Kwang-soo kini sibuk dengan penggambaran rancangan tvN “Reap What You Sow” selain bakal memulakan produksi bersama drama Netflix “Bad Love”.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.