Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Digantikan Dengan Lee Seunggi, ‘Busted’ Musim Ke-2 Bermula 8 November Ini!

Lee Kwangsoo Digantikan Dengan Lee Seunggi, ‘Busted’ Musim Ke-2 Bermula 8 November Ini!

Siri asal Netflix iaitu ‘Busted’ tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat semasa tayangannya pada tahun 2018. Gabungan 7 selebriti terkenal sebagai ahli rancangan itu iaitu Yoo Jaesuk, Ahn Jaewook, Kim Jongmin, Lee Kwangsoo, Park Minyoung, Sehun (EXO) dan Sejeong (Gugudan) ternyata menjadi kerana ramai yang melekat di hadapan kaca televisyen untuk menonton telatah mereka semua. Tapi sayangnya apabila musim pertama tamat selepas 10 episod dan berita tentang musim kedua masih di awang-awangan.

Tapi jangan bimbang kerana Netflix kelmarin telah mengumumkan bahawa ‘Busted’ musim kedua akan mula ditayangkan pada 8 November ini! Yes!

Sebelum ini, khabar angin yang bertiup menyatakan bahawa rancangan ini akan ditayangkan pada September tetapi dianjak pula kepada Oktober. Namun menerusi pengumuman terbaru ini, ternyatalah ia akan menemui penonton pada November ini.

 

Sedikit sinopsis mengenai rancangan ini, ‘Busted’ merupakan satu rancangan hiburan yang membawa beberapa artis sebagai detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes misteri dan setiap episod membawa kisah misteri yang baru dan berlainan.

Harap anda semua tak bersedih kerana pada musim ini sudah tiada lagi Lee Kwangsoo. Menurut satu sumber, pelakon itu tidak dapat menyertai penggambaran musim kedua kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu. Pun begitu, seorang lagi selebriti telah diserap sebagai ahli baru. Selebriti tersebut ialah Lee Seunggi!

busted musim kedua

Yang lawaknya apabila Lee Seunggi menyertai ‘Busted’ tanpa sebarang penerangan daripada produser, jadi dia melalui penggambaran dengan ‘blur’nya.

“Lee Seunggi menyertai rancangan ini untuk musim kedua. Dia muncul tanpa sebarang penerangan. Kami hanya menceritakan latar belakang mengenai punca dia menyertai rancangan ini sebagai detektif baru. Dia menunjukkan pesona yang unik dengan sentiasa bekerja keras dan bertindak bijak, tapi pada masa yang sama dia juga agak kalut.”

Kepada peminat yang setia menunggu, pernantian anda sudah berakhir! Nantikan tayangan pertama ‘Busted’ musim kedua pada 8 November ini secara rasmi di platform Netflix.

Sumber: Hype, Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...