Ikuti Kami:

Lee Kiwoo Umum Bakal Berkahwin Dengan Wanita Bukan Selebriti September Ini

Lee Kiwoo Umum Bakal Berkahwin Dengan Wanita Bukan Selebriti September Ini

Sudah mencecah usia 40 tahun, pelakon Lee Ki-woo nampaknya akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Pada 23 Ogos, agensi bagi Lee Ki-woo telah mengumumkan bahawa pelakon itu akan berkahwin dengan teman wanita bukan selebritinya pada hujung September tahun ini. Jelas agensi,

Lee Ki-woo akan berkahwin dengan teman wanitanya di Pulau Jeju pada akhir September.

Selain itu, turut dilaporkan bahawa bakal pengantin perempuan adalah lebih muda daripada Lee Ki-woo dengan kecantikan dan personaliti yang memukau.

lee kiwoo kahwin

Kemudian pada hari yang sama, Lee Ki-woo mengumumkan berita perkahwinannya melalui surat tulisan tangan yang dikongsi di Instagramnya. Pelakon itu menulis,

Setahun yang lalu, saya bertemu dengan seorang yang bijak dan adil yang jiwanya bergema dengan saya. Dia seorang yang sanggup berkongsi dan tidak pernah kedekut, seorang yang sentiasa menunjukkan kemesraan apabila berhadapan dengan orang yang lemah dan tidak bernasib baik, dan seorang yang berazam untuk menjalani kehidupan yang baik.

Tulisnya lagi,

Ketika kami menghormati satu sama lain dan berjalan bersama-sama mencari perkara untuk dipelajari antara satu sama lain, saya menjadi yakin bahawa saya ingin tinggal bersama orang ini pada masa hadapan dan cuba membina keluarga dengan orang ini, yang memberi saya mempunyai peranan yang lebih besar dalam hidup. Kami meminta dorongan dan sokongan anda supaya kami dapat membina keluarga yang boleh menyumbang walaupun sedikit kepada dunia dengan cara yang gembira.

lee kiwoo

Tahniah Lee Ki-woo dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...