Drama “Miss Night and Day” belum tamat, Jung Eun-ji nampaknya telah menerima pelbagai tawaran lakonan.
Terbaru pada 31 Julai, agensi melaporkan bahawa Jung Eun-ji dan Lee Jun-young telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “24 Hour Health Club” dan sedang menelitinya kini.
Jika dia menerima tawaran tersebut, Lee Jun-young dijangka akan memainkan watak sebagai Do Hyun-joong, seorang pengarah gim yang mementingkan kecergasan dan membantu orang lain untuk mengubah hidup mereka.
Manakala Jung Eun-ji pula akan tampil dengan wataknya sebagai Lee Mi-ran, seorang pengurus agensi pelancongan yang sukakan makanan dan juga percintaan.
Nantikan info lanjut!