Ikuti Kami:

Lee Junyoung Dilapor Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

Lee Junyoung Dilapor Bantu Polis Tangkap Pemandu Mabuk

Tidak menghebahkan kepada sesiapa, pelakon Lee Jun-young yang juga merupakan ahli kumpulan U-KISS didedahkan telah membantu polis memberkas seorang pemandu mabuk.

Berlaku pada 25 Ogos lalu, insiden itu hanya diketahui oleh agensinya selepas ianya dilaporkan oleh media. Khabarnya, lelaki itu hanya menceritakan perihal tersebut selepas cuba disahkan oleh agensinya.

Semasa pulang daripada latihan pada Rabu lalu, dia melihat seseorang yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk lantas terus mengikutinya. Selepas menghubungi pihak polis, dia kemudian mengejar kenderaan berkenaan sehingga mereka ianya berhenti di satu destinasi.

lee junyoungDi dalam rakaman ‘dashcam’ yang dikongsikan, terdengar suara Lee Jun-young memberitahu polis mengenai lokasinya dan berkata,

Pemandu di hadapan saya kelihatan mabuk, ianya bergerak ke kiri dan ke kanan.

Lelaki itu kemudiannya terus berkomunikasi dengan polis dan bersetuju supaya mereka menjejaki lokasinya. Malah dia juga menyerahkan rakaman itu bagi membantu siasatan.

Dalam berita lain, Lee Jun-young disahkan bakal muncul dalam drama “I’ll Be Your Knight” dan filem asal Netflix “Moral Sense”. Kini, drama lakonannya “D.P.” juga baru sahaj diriliskan di laman penstriman itu.

Bagus betul Lee Jun-young kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...