Ikuti Kami:

Lee Junki, Moon Chaewon, Jang Heejin & Seo Hyunwoo Beri Klu Episod Akhir ‘Flower Of Evil’

Lee Junki, Moon Chaewon, Jang Heejin & Seo Hyunwoo Beri Klu Episod Akhir ‘Flower Of Evil’

Akhirnya, sampai juga kita ke penghujung “Flower Of Evil” yang bakal ditayangkan pada malam ini (23 September). Tak sabarnya!

Bercerita mengenai apa yang boleh dijangkakan pada episod akhir nanti, Lee Jun-ki menjelaskan mengenai babak Do Hyun-soo yang melemparkan dirinya demi menyelamatkan isterinya daripada tembakan yang dilepaskan oleh Baek Hee-sung.

Saya rasa ramai yang mesti terkejut dengan kesudahan episod 15 dan rasa ingin tahu semakin membuak-buak untuk menantikan episod akhir nanti.

Saya tak boleh nak bercerita dengan lebih tetapi lebih baik sekiranya anda mengikuti episod akhir mengikut emosi dan kisah setiap watak.

Jikalau anda dapat merasakan perubahan emosi Hyun-soo dan Ji-won dalam situasi baru yang dihadapi mereka ini, kesudahan drama ini akan menjadi lebih bermakna dan anda akan lebih mendalami apa yang dirasai nanti.

kesudahan flower of evil

Jelas Moon Chae-won pula,

‘Flower Of Evil’ mempunyai persona tersendiri, disebabkan ia adalah sangat mengujakan dan dipenuhi saspens dan banyak lagi. Jadinya episod akhir nanti juga akan mempunyai elemen tersebut.

Jikalau anda menyelami kisah dan emosi setiap watak, saya rasakan ia akan menjadi lebih mengujakan dan saspens daripada biasa, ianya pasti akan bermain di fikiran anda nanti.

Peminat juga dah tak sabar menanti apa yang akan terjadi disebalik kes pembunuh bersiri yang belum selesai dan perasaan Cha Ji-won semasa menghadapinya, tambahan pula suami sendiri sedang mengalami krisis dek masih bersangkut paut dengan kejadian tersebut.

Meskipun Lee Jun-ki dan Moon Chae-won mendapat perhatian ramai selepas berjaya membawa watak pasangan yang dilanda ribut yang menyesakkan, Kim Moo-jin (Seo Hyun-woo) dan Do Hae-soo (Jang Hee-jin) juga disayangi oleh penonton dek tersentuh melihat kesucian cinta pertama yang masih lagi membara di antara mereka. Lagi pula, lelaki itu yang terus berasa bersalah selepas meninggalkan wanita itu seorang diri sehingga dia ditikam oleh Baek Hee-sung.

kesudahan flower of evil

Kata Jang Hee-jin,

Disebabkan ramai yang menyokong Hae-soo dan Moo-jin, baik sekiranya penonton memberi perhatian bagaimana hubungan mereka bercambah nanti. Semoga terus menyayangi mereka sehingga akhirnya.

Ungkap Seo Hyun-woo pula,

Sila tonton sehingga ke penghujungnya untuk melihat kisah yang tidak dijangka diantara pasangan Do Hyun-soo dan Cha Ji-won serta Do Hae-soo dan Kim Moo-jin.

Harapnya semua watak ini akan menemui kebahagiaan selepas hidup dalam kesukaran dek perbuatan Baek Hee-sung.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...