Anda pernah tak tonton drama “Criminal Minds” versi Korea yang ditayangkan pada tahun 2017. Bagi yang merindui gandingan Lee Jun-ki dan Moon Chae-won , pastikan anda tonton drama melodram thriller iaitu “Flower OF Evil” yang bakal menggandingkan mereka semula.
Sinopsis “Flower Of Evil”
Cha Ji-won (Moon Chae-won) merupakan seorang detektif dan sudah pun berkahwin dengan Baek Hee-sung (Lee Jun-ki). Lelaki itu ialah seorang suami yang sangat sempurna dan ayah yang berdedikasi pada anak perempuan mereka. Disebalik senyuman manisnya, Baek Hee-sung sebenarnya menyembunyikan kehidupan lampaunya yang berdarah dan hidup di bawah identiti orang lain.
Sifat ingin tahu Cha Ji-won bagi menyelesaikan kes jenayah yang dikendalinya, membawa wanita itu kepada satu pendedahan yang mengejutkan. Adakah suaminya sama seperti apa yang dikenalinya selama ini?
Ditunda seminggu
Meskipun sebelum ini tvN mengumumkan bahawa drama ini bakal bersiaran bermula 22 Julai namun khabarnya ia telah ditunda seminggu lebih lambat iaitu pada 29 Julai pula. Nasib baik seminggu sahaja!
Rata-rata penonton sepertinya tidak sabar untuk melihat transformasi Lee Jun-ki menjadi watak antagonis di dalam “Flower Of Evil”. Pastinya ia akan dipenuhi dengan babak saspens yang mendebarkan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.