Ikuti Kami:

Lee Junhyuk Dilamar Terajui Siri Adaptasi Webtoon ‘Vigilante’

Lee Junhyuk Dilamar Terajui Siri Adaptasi Webtoon ‘Vigilante’

Baru-baru ini, pelakon lelaki yang pernah menerajui dan terkenal melalui drama seperti “Along With Gods” dan juga “Baseball Girl”, Lee Jun-hyuk dikhabarkan bakal menerajui siri webtoon yang akan datang.

Selepas berita ini berterbangan, agensi Lee Jun-hyuk memberi respon bahawa,

Lee Jun-hyuk sedang meneliti tawaran ‘Vigilante’

Siri adaptasi webtoon “Vigilante” yang merupakan karya berdasarkan webtoon Naver dengan tajuk yang sama seperti yang direka oleh Kim Gyu-sam.

Menurut sumber juga, pelakon terkenal Nam Joo-hyuk juga sedang meneliti tawaran tersebut dimana dia akan membawa watak sebagai Ji-yong, manakala Lee Jun-hyuk memainkan watak Jo Kang-ok, naib presiden Kumpulan DK dan pengasas “Vigilante”.

lee junhyuk

Siri webtoon “Vigilante” ini mengisahkan mengenai  Ji-yong, seorang pelajar kolej polis yang memburu penjenayah dengan menyamar dalam kalangan masyarakat setiap hujung minggu. Choi Mi-ryeo, merupakan seorang wartawan yang menyedari taktik itu, dan Jo-heon, seorang penyiasat Unit Siasatan Metropolitan, yang menjejaki “Vigilante”, kerana telah menarik perhatian pihak media, dunia politik dan perniagaan. “Vigilante” merupakan kumpulan yang dibentuk dan dinamai sebegitu kerana merujuk kepada bahasa Sepanyol. “Vigilante” adalah istilah yang bermaksud mengawasi atau berjaga-jaga, dan mempunyai pengawal atau penjaga.

Lee Jun-hyuk ialah seorang pelakon yang sebelum ini telah membawa kepelbagaian dalam lakonannya dan telah mencuba pelbagai genre filem dan drama. Lee Jun-hyuk juga dijangka membawa pembaharuan menerusi “Vigilante”. Jadi, buat para peminat pelakon ini serta genre filem aksi, korang dah boleh bersedia untuk terus menikmati karya webtoon akan datang ini!

Tak sabar nak tengok lagi satu karya hebat kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...