Betul ke pasangan drama “King the Land” iaitu Lee Jun-ho dan Yoon-a sedang menjalinkan hubungan dalam kehidupan sebenar?
Terbaru pada 3 Julai, media Korea melaporkan bahawa Lee Jun-ho dan Yoon-a sedang bercinta, sejak sebelum penggambaran “King the Land” bermula lagi.
Sebagai respon, agensi Lee Jun-ho memberitahu,
Kami sedang menyemak laporan itu.
Begitu juga dengan SM Entertainment,
Kami sedang menyemaknya.
(KEMAS KINI) Pada hari yang sama, kedua-kedua JYP Entertainment dan SM Entertaiment menafikan laporan berkenaan dengan menjelaskan,
Mereka hanyalah kawan rapat dan khabar angin percintaan itu tidak benar.
Sementara itu, episod terbaru “King the Land” telah berjaya mencapai rating mengagumkan, mencecah 12%.
Kalau dating pun apa salahnya kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉