Ikuti Kami:

Lee Junho Beli Bangunan Komersial Bernilai Lebih RM58 Juta Di Seoul

Lee Junho Beli Bangunan Komersial Bernilai Lebih RM58 Juta Di Seoul

Sudah lama aktif dalam industri, tak terkejutlah kalau Jun-ho 2PM meraih pendapatan yang lumayan kini.

Terbaru menurut laporan dari orang dalam hartanah, Jun-ho telah membeli sebuah bangunan komersial yang terletak di Gangnam-gu, Seoul pada 12 Mac yang lalu, dengan harga 17.5 bilion won (RM58,248,750).

Untuk pengetahuan, bangunan yang dibeli mempunyai jumlah keluasan sehingga 830.8 meter persegi, dengan empat tingkat.

junho 2pm

Tambahan, ia juga berdekatan dengan Stesen Apgujeong Rodeo, menjadikannya lokasi utama dengan trafik yang tinggi lebih-lebih lagi pada hari bekerja dan hujung minggu.

Sementara itu, sebelum ini, bangunan itu dimiliki oleh mendiang Kang Soo-yeon, yang telah membelinya pada 2017 yang lalu sebelum meninggal dunia pada Mei 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...